Jumaat, 4 Januari 2013

SUDAH KETENTUAN-NYA

Salam, bersambung kepada entry yang tertangguh disini Jue nak ceritakan satu pengalaman yang sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga. 
Susah untuk diluahkan... sebenarnya Jue baru mengalami keguguran pada 17 Disember yang lalu bersamaan tarikh kelahiran mak tersayang. 

Kejadian tu berlaku di tempat kerja bukan banyak darah yang keluar cuma spt darah haid. Kemudian balik rumah amik buku mengandung dan terus ke klinik kesihatan kerajaan yg berdekatan rumah.  Lepas buat pemeriksaan air kencing dan scan doktor mendapati tiada degupan jantung walaupun baby masih kelihatan. Masa tu teramat sedih.. Tapi terpaksa bersabar dgn ketentuan-Nya. 

Doktor buat surat utk dirujuk kpd doktor pakar pd keesokkan harinya tapi saya agak keberatan utk pergi ke sana. Pada sebelah malam kami semua berbincang dgn dua2 keluarga utk pergi buat pemeriksaan kali kedua di Klinik Pakar Al-Farabi Kuantan. Selepas doktor scan memang sah saya telah kehilangan baby yang baru masuk 3 bulan dan perlu menjalani D&C.

 Waktu datang ke klinik jam 9 pagi, pastu kena tahan wad. Waktu ni duduk sorang2 je sambil menunggu kedatangan mak dan omei. Mmg boring coz hubby sibuk kt tapak projek, mak dan anak kt umah so terpaksalah menunggu dgn kesabaran dan kesedihan..


Akibat bosan, sempat lagi amik gambar dr pemandangan atas klinik. Masa ni xsakit lagi. Walaupun jalan dah tbuka dan tak perlu masuk ubat. Cuma bertahan sampai kul 730ptg masuk labour room.


Ni gambar pada keesokkan harinya. Alhamdulillah tiada apa2 berlaku, kesakitan yang dialami pun dah bkurangan. Bermula lah episod berpantang cuma yang beza hanyalah pantangku tiada baby dipangkuan.. Sabar banyak2, istigfar banyak2..



Tak perlu mengeluh atas setiap kejadian kerana semua yang berlaku mengikut kehendak-Nya dan telah tertulis oleh-Nya. Insy Allah kalau ada rezeki kami tetap akan ada jua nanti.

1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

selamat berpantang jujue.. harap tabah & sabar dgn ketentuanNYA..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...