Selasa, 31 Januari 2012

:: Donut Kentang ::

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Lama dah Jue xmcuba resepi terbaru. Malam td teringin nk buat donut kentang.
Ni kira tawakal jelah cz xpernah cuba buat. Penat jugak nk menguli doh ni.. Lenguh tangan yelah Jue xguna BM cz xda. Tp yg penting menjadi. Terima kasih kpd sumber resepi rosmarlina @ jintanmanis.com krn bg Jue copy & paste resepi.



Doh yg siap di uli selama 40minit. Siap untuk diperam selama hampir 1jam.



Donut yg telah dibentuk. Sedia untuk dibiar kembang 2kali ganda.

Donut yg telah siap digoreng. Lembut dan gebu.

Jom kita sama2 mjamu sarapan pagi.


Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Berikanku kekuatan..

Salam Jumaat semua..
Pengalaman dalam sesebuah kehidupan cukup memberi pengajaran dalam meniti kehidupan..
Dugaan menempuh hari2 yang mendatang kadang2 ada suka dan duka lebih mematangkan hidup sebagai insan yang bergelar manusia..
Alangkah bahagianya jika segala yang kita impikan dan keinginan menjadi kenyataan,
Namun segalanya kabur... hambar...
Sesungguhnya aku pasrah di atas Takdir Mu...
Sesungguhnya aku terima segalanya mungkin itu yang terbaik bagiku...

Ya Allah..
Bantulah aku..
Kuatkan semangat ku untuk menempuh hidup ini...
Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah...
Dekatkan ku dengan diri Mu ya Allah...
Sesungguhnya tiada yang kekal abadi selain pd MU ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...