Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mac 2013

DURIAN CREPE IN THE HOUSE!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Hari sabtu ni semua buat apa ye? Masak2 ke atau ada plan nak pergi mana2? Jue takde plan kemana2 pun lagipun setiap sabtu memang Jue kerja halfday...

Baru2 ni Jue berkenan sangat nak mencuba buat Durian Crepe sampai macam2 resepi duk membelek blog2. Pening kepala nak memilih resepi coz ada yang cakap guna 7 jenis tepung, 5 jenis tepung, 1 jenis pun ada.

Macam2 blog Jue pergi jelajah tengok sana sini dan akhirnya baut keputusan untuk mencuba je klo tak menjadi takpe nanti mak boleh olah jadikan kuih lain.. Hehe. Lagipun bab2 mengolah ni mak memang pandai bak katanya kita buat dia, bukan dia buat kita.. Betulkan?

Ok jom tengok camna rupa Durian Crepe Jue ni dan mintak maaf ek kejadiannya tak berapa cantik sangat sebab saiz pan dan tak pandai lipat.. Takpa asalkan puashati dengan resepi kulitnya sudah..
Dan Jue nak ucapkan terima kasih pada blog tersebut kerana sudi sharekan resepi Durian Crepe..




DURIAN CREPE
 By :  http://mytouch-miza.blogspot.com


 - 20g  tepung gandum                                       
 - 20g tepung ubi                                                
 - 10g tepung kastard                                           
 - 10g tepung jagung                                             
 - 1sdb minyak masak                                          
 - 1sdb gula pasir                                                 
 - secubit garam                                                    
 - 1 biji telur A                                                                              
- 40ml susu cair                                                 
- 150ml air biasa                                                  
- sedikit esen
- pewarna

Cara-caranya :


1. Campurkan semua bahan2 di atas kacau dan tapiskan.

2. Canai bahan campuran tadi dalam non-stick pan, ratakan dan nipiskan.
3. Sejukkan kemudian bolehla melipat crepe..

Filling :

 FILLING
200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingga kental
Isi durian secukupnye.

 

Selamat mencuba ye. 



Tengok tu tebalkan lipatan kat bawah.


Uisshh gemuknya bantal duyan ni.. Makan 1 pun dah puashati.

 


Khamis, 14 Februari 2013

TRIFFLE

Assalamualaikum semua,

Lama dah tak update blog. Hihihi. Entry terbaru ada tapi masa tak mengizinkan. Jue nak bagi satu resepi baru je Jue cuba minggu lepas. Pasang angan2 dah lama dah cuma masa je tak sesuai. So bila ada masa dan kesungguhan barulah terjadinya triffle ni. 

Jue buat triffle ni time buat majlis bacaan Yassin kat rumah mak. Takde apa2 pun cuma lama sangat dah tak buat so mak teringinla nak buat seperti cam dulu2 ketika arwah ayah ada. Tapi dulu lagi meriah la. Oklah tak nak celoteh banyak2, layan je ek resepi triffle. Alhamdulillah best sangat2. Rugi kalau tak mencuba.
Resepi ni Jue amik dari neenaanuar.blogspot.com.
 
 Terimakasih dan mintak share resepi ye.





TRIFFLE 

By : neenaanuar.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 Tin Susu Cair
1 Tin Air
7 Sb Gula
3@4 Sb Tepung Kastad
1 Paket Jelly Nona
1 Kek Gulung
1 Tin Buah Koktail

Cara-cara :

1. Potong kek gulung dalam anggaran 1.5cm dan susun dalam dulang atau mangkuk pyrex secara rapat-rapat. Curahkan sedikit air buah koktail dan tekan sikit.
2. Sediakan periuk, masakkan susu cair, air, dan gula sampai larut. 
3. Bancuhkan tepung kastad dan sedikit air dari sukatan 1 tin air, kacau sebati dan masukkan dalam periuk. Kacau dan masak hingga pekat dan likat.
4. Bila dah pekat, tutup api dan curahkan adunan kastad ke dalam loyang atasu ke atas kek gulung yang disusun tadi. 
5. Taburkan buah koktail. Biarkan.
6. Sementara itu, masak Jelly Nona mengikut sukatan pada kotak. Kemudian curahkan atas buah koktail tadi. Sejukkan di luar dulu. Bila dah suam2 masukkan dalam peti. Biarkan lama. 



Inilah hasilnya tapi Jue tak puas hati coz warna kuning perisa mangga kalau warna merah perasa strawberry lagi sedap dan cantik.



Yang ni pulak triffle yang telah dipotong2 supaya senang diambil nanti. Selamat mencuba!


Selasa, 27 November 2012

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum semua..
Hari ni Jue nak kongsikan satu resepi yang mana resepi ni sangat mudah dan senang untuk dibuat. Ini adalah percubaan yang pertama coz Jue selalu sangat duk tengok2 resepi ni dari kak Ita.. Masam Manis dan lain2 blog so apalagi datang ler perasaan ingin mencuba. Dan di bawah ni adalah resepi dan hasilnya ye.. Resepi ni diambil dari blog Cahaya Cinta Ku, kak Ana namanya. So, Jue mintak copy resepinya ye..


BLUEBERRY CHEESE CAKE
Resepi : Kak Azlita Masam Manis
             : Cahaya Cinta Ku

Bahan-bahan :

1 paket biskut Oreo - diganti dengan biskut Lee
45 gram butter ~ di cairkan
1/2 sudu besar + 1/2 sudu teh gelatin di campur dgn 2 sudu besar air panas
80 gram blueberry filling
1 bekas yoghurt perisa blueberry
125 gram krim cheese

125 gram whipping cream
30 gram gula kastor


Cara-cara :

Mula-mula hancurkan biskut hingga hancur dan halus. Boleh blend atau tumbuk aje guna penggelek. (gambar untuk biskut tak amik..hehe..)



 Cairkan mentega dalam periuk spt gambar di atas. Kemudian gaul sebati bersama biskut yang telah dihancurkan dan masukkan dalam loyang atau bekas sesuai. Tekan biskut biar padat dan sejukkan dalam peti.



Kemudian kita putar whipping cream sampai kental tau dan kita ketepikan.



Dalam bekas lain kita satukan cream cheese, bluberry filling dan gula. Putar hingga gula dan bahan2 lain menggunakan mixer hingga sebati ye.



Ok yang ni pula bahan2 yang telah kita mixer kemudian dimasukkan pula yogurt ke dalam bekas. Tak perlu mixer tp just kacau menggunakan spatula je. Sebatikan ye.



Kemudian kita larutkan gelatin menggunakan 2 sudu besar air panas. Spt kata kak Ana klo tak cukup larut just panaskan dalam mikrowave. Gelatin ni akan dicampurkan dengan bluberry yang telah digaul sebati dengan yogurt tadi.



Lastly kita satukan whipping cream (yang tak berapa nak kental la pulak hehe) ke dalam blueberry cheese. Gaul sebati dengan lembut ye. Bila sebatik masukkan adunan dalam loyang/bekas yang berisi biskut dan disejukkan dalam peti.



Ta daa.. ni dia hasilnya, tak cantik tapi sedap. Nanti boleh la anda semua mencubanya ye. Resepi mudah, senang dan ringkas je. Terimakasih kak Ana bagi Jue copy paste resepi.
Cheese cake yang Jue buat ni xcantik pun tp takpe nanti klo ada kerajinan Jue nak cuba lagi.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...