Rabu, 9 Januari 2013

Donut Kasih

DONUT KASIH



Salam semua, 
menjenguk kembali ke blog yang jarang sekali publish entry terkini dan sensasi. 
Ceewah macam ler sensasi sangatkan. Jue nak sharekan 1 resepi yang jue lama mencari nak mencuba coz tiap kali cuba je hasilnya xmenjadi. 
Banyak dah mencuba pelbagai resepi dan akhirnya membuahkan hasil dan dinamakan Donut Kasih hehehe. 
Teruk ke nama donut tu? Tak kot coz ianya dibuat dengan penuh semangat dan kasih sayang dan thats why la nama gitu. Ok la kan. Resepi donut Jue ambik dari blog DTS (Mat Gebu).
 Klo sesiapa nak cari resepi lain lagi boleh la jenguk blog Mat Gebu ye.
K lah taknak celoteh sangat la. Tengok je hasil jari-jemariku dan resepinya sekali. 
Tak dilupakan terima kasih pada Cik Mat Gebu coz sudi sharekan resepi. 
Mintak copy dan paste ye.


DONUT KASIH

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...

 Donut yang lembut dan gebu tapi Jue tak terap pun coz xda cuma buat sendiri bersaiz kecil sikit.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...