Jumaat, 25 Januari 2013

TART TELUR

Assalamualaikum...

Arini Jue nak sharekan satu resepi yang baru kali pertama Jue buat. Memang lama sangat dah nak mencuba tapi akhirnya bila ada ksempatan dan kerajinan barulah terjadinya Tart Telur.

Akibat teruja sangat tengok kejadian tat di setiap blog-blog dengan kilatan kuning kastad telur tu lagi la buat rasa hati ni xsabar2 nak mencuba. Duk menggode2 kat internet cari resepi akhirnya Jue nak try resepi dari blog http://emiliaputeri.blogspot.com. Tapi katanya resepi sebenar diambil dari hanis di MyResepi. Sis, Jue minta copy resepi ye..


* Gambar tart hangus coz xreti nak adjust suhu & fillingnya cair.

 

Bahan-bahan (untuk pastry shell) dapat 40 biji

170gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart 

Cara-cara:

Pukul mentega dan gula aising sampai sebati. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan sebatikan. Ikut kan resepi bungkus dalam plastik dan simpan dalam peti selama 6 jam. Tapi Jue terus je buat. Malas nak menunggu.




Bahan-bahan untuk krim kastard

250 ml susu segar (sekotak kecik ni)
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan mentega
3 1/2 sudu makan gula castor
1/2 sk esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning
Cara-cara :
Campurkan semua bahan di atas dan sebatikan. Sedia untuk dicurah dalam kulit tart. 


Hangus + garing, hehehe. Takpelah atleast cuba jugakkan. Tapi klo korang buat mesti lagi cantikkan? Silalah mencuba ye.. Jangan takut klo silap ke apa ke adatla kan kali pertama buat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...