Khamis, 29 Disember 2011

:: tengok ~ pegang ~ rasa ::

Salam dan selamat pagi semua.. 
Rasa mcm sekejap je nak berakhir tahun 2011 ni yerk tengok2 dah nak masuk tahun baru pulak 2012. Macamana agaknya kehidupan selama pd masa akan datang ni. 
Harap2 semua urusan dpermudahkan Allah, hidup diberkati oleh Allah s.w.t. begitu jua doaku pd anak, mak dan keluarga serta sanak saudara sesama Islam.. Amin..

Pagi ni Jue nak sharekn muffin yang Jue buat masa cuti panjang baru2 ni.
Jue blh dikategorikan sbg suka mkn muffin dan kek dan suka juga mencuba.
So, jue juga akan sharekn resepi bagi mereka yang ingin mcuba buat muffin.

Muffin pandan ni jue buat sempena birthday Kakak(16 Disember), Mak(17 Disember) dan Abang(22 Disember). Huisshh 3 org tu dlm bulan Disember tp gambar muffin ni mcm2 corak aising.. Yelah nak bg anak2 sedara xcited.. Hehehehe...

 Jue c&p dr sumber2 berikut.. Blh try...
Resepinya mudah, senang dan yang penting sedap..



Ta Daa.. Cantik x?



Muffin Pandan
by
anymz mukitchen
Sumber:Cari.com & RinnChan
Sumber:Nor @SGN67

Bahan2

200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) 
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya . 

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.




1 ulasan:

CT Delima berkata...

As'salam Jue

k.ct suka kaler muffin tu PINK I like..sangat2..hehehe

happy belated birthday lah buat ketiga2 nya ya. Alhamdulillah..k.ct pun anak bujang sambut b'day bulan Dec 2 orang 4hb n 28hb. so kek postpone sebab masa tu bizi jalan2 sakan..hehehe

k.ct pun pernah buat dan suka buat muffin pandan guna resipi dari Rinnchan ni. sedap dan lembut jer kan Jue :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...