Khamis, 25 Oktober 2012

Bercuti di Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Ermm betapa sibuknya jue sampai tak sempat nak upload entry terbaru. Baru-baru ni jue bercuti bersama keluarga mana lagi kalau bukan dalam malaysia. 
Lagi pn bercuti dalam malaysia best apa, tanah air kita. Tenang dan aman je kan. Niat jue nak bercuti di cameron highland bersama mak ni lama dah cuma tak berkesempatan je. 
Tapi alhamdulillah diizinkan Allah akhirnya kami sampai juga di cameron highland. ok sekarang layan je gambar2 ni ye..

 Gambar ni diambil apabila selesai membeli-belah di pasar malam.



 Sukanya mak bergambar, hehe.


 Tu dia strawbery coklat.


Omei (Rabiatul Afiqah) ni pantang nmpak belon je mesti nak beli. Adoi penat melayan karenah anak ni.




Kat sini mak shopping sayuran dan buahan.







 Singgah beli orkid sebelum pulang ke kuantan.


Antara orkid yang menjadi pilihan hatiku, cantikkan?


Ladang teh ni kami hanya berhenti amik gambar dan lihat ladang je kemudian terus balik kuantan coz masa ni omei tak larat sgt, demam.


 The last picture, i will keep it my memory..
I love my family.

Khamis, 30 Ogos 2012

~ Menu di bulan ramadhan ~

Salam semua, di bawah ni ada gambar menu berbuka puasa yang sempat jue amik tp yang lain2 tak sempat.. hehe.. 
Ok taknak celoteh banyak just layan.. .


KERABU AYAM




Bahan2 :
Ayam                      (isi ayam dipotong agak2 kecil)
Mangga                  dipotong nipis
Tomato                   dipotong dadu
Lada Kecil              dipotong kecil
Serai                       dimayang
Daun limau purut     dimayang
Jus limau nipis
Sos ikan
Garam
Gula

Cara2 :
1. Ayam direbus / digoreng sampai masak. Toskan.
2. Gaul semua bahan2 di atas, perasakan.
3. Sedia untuk dimakan.


SAYUR CAMPUR




Bahan2 :
Bawang putih            diketuk
Bawang besar           dimayang
Cili merah                 dimayang
Kobis 
Kobis ungu
Cendawan
Lobak merah
Isi ayam
Sotong
Sos ikan
Garam
Gula

Cara2 :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan sotong sampai masak.
3. Masukkan bahan2 perasa dan sayur campur.
4. Perasakan dan sedia untuk dihidang.


IKAN KERAPU MASAK KICAP


Rabu, 29 Ogos 2012

Salam lebaran semua..

Lama tak update cerita dan gambar terbaru.. Urmm gambar raya nanti la jue update ek..
Ni gambar masa kenduri tahlil dan sempena sambut bulan puasa.Tapi sayang gambar masa menjamu xsempat nak ambik.

Gambar ni sebelum majlis berlangsung bersama anak yang manja sangat2..


Budak comel tp banyak karenah (Rabiatul Afiqah)


Gambar Wan bersama cucunya Nur Syafiqah.

Gambar Wan bersama cucunya Rabiatul Afiqah. Dua orang sepupu ni umur lain2 sorang 3 tahun lebih dan 2 tahun lebih tp ketinggian xnampak beza pn.

Jumaat, 20 Julai 2012

:: Salam Ramadhan ::

Salam, sudah lama jue tak update blog.. lama betul dah rasanya..
Dan sekarang pulak pejam celik pejam celik dah nak berpuasa semula. Esok semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan al-mubarak.

Persiapan untuk bersahur dah sedia ke? Jue tunggu petang ni lah balik kerja baru pergi beli dengan mak. Agak2 nak masak apa untuk menu bsahur ye.. Ala kadar jelah lagi pun hari pertama kemudian tak elok jugak makan berlebihan cukup sekadar ala kadar je.

Dikesempatan ni jue nak mohon kemaafan diatas segala kesalahan jue pada semua sepanjang mengenali jue ini.. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti dan seribu makna sepanjang kita berpuasa.. Sama2 lah kita menunaikan ibadah Allah ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...