Khamis, 14 Februari 2013

TRIFFLE

Assalamualaikum semua,

Lama dah tak update blog. Hihihi. Entry terbaru ada tapi masa tak mengizinkan. Jue nak bagi satu resepi baru je Jue cuba minggu lepas. Pasang angan2 dah lama dah cuma masa je tak sesuai. So bila ada masa dan kesungguhan barulah terjadinya triffle ni. 

Jue buat triffle ni time buat majlis bacaan Yassin kat rumah mak. Takde apa2 pun cuma lama sangat dah tak buat so mak teringinla nak buat seperti cam dulu2 ketika arwah ayah ada. Tapi dulu lagi meriah la. Oklah tak nak celoteh banyak2, layan je ek resepi triffle. Alhamdulillah best sangat2. Rugi kalau tak mencuba.
Resepi ni Jue amik dari neenaanuar.blogspot.com.
 
 Terimakasih dan mintak share resepi ye.





TRIFFLE 

By : neenaanuar.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 Tin Susu Cair
1 Tin Air
7 Sb Gula
3@4 Sb Tepung Kastad
1 Paket Jelly Nona
1 Kek Gulung
1 Tin Buah Koktail

Cara-cara :

1. Potong kek gulung dalam anggaran 1.5cm dan susun dalam dulang atau mangkuk pyrex secara rapat-rapat. Curahkan sedikit air buah koktail dan tekan sikit.
2. Sediakan periuk, masakkan susu cair, air, dan gula sampai larut. 
3. Bancuhkan tepung kastad dan sedikit air dari sukatan 1 tin air, kacau sebati dan masukkan dalam periuk. Kacau dan masak hingga pekat dan likat.
4. Bila dah pekat, tutup api dan curahkan adunan kastad ke dalam loyang atasu ke atas kek gulung yang disusun tadi. 
5. Taburkan buah koktail. Biarkan.
6. Sementara itu, masak Jelly Nona mengikut sukatan pada kotak. Kemudian curahkan atas buah koktail tadi. Sejukkan di luar dulu. Bila dah suam2 masukkan dalam peti. Biarkan lama. 



Inilah hasilnya tapi Jue tak puas hati coz warna kuning perisa mangga kalau warna merah perasa strawberry lagi sedap dan cantik.



Yang ni pulak triffle yang telah dipotong2 supaya senang diambil nanti. Selamat mencuba!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...