Rabu, 30 Oktober 2013

Assalamualaikum...
Hari ini Jue nak share satu resepi yang dah lama teringin nak buat tp takut kalau tak menjadi iaitu Cream Puff. Hihi...
Resepi krim puff ni Jue ambil dari Sambal Hijau, Facebook. Kak Rogayah Ibrahim dari blog dapurkakyah.blogspot.com. Di blog tersebut telah ada tutorial cara akak Rogayah buat. So senangla bagi sesiapa yang ingin mencuba...

Pada mulanya sekadar tengok2 tapi bila tengok tutorial terus rasa nak mencuba lagipun krim puff ni memang feveret Jue... mesti beli kalau jumpa kat pasar malam... rasanyanya yang ringan dan lemak manis inti kastad. Ok ini resepinya, harap sesiapa jangan takut untuk mencuba ye..



Krim Puff

Bahan2 kulit puff

300g tepung gandum
250g mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila

Masak air bersama mentega hingga hancur kemudian masukkan tepung.
Kacau hingga tak melekat pada kuali dan tepung seakan berminyak.
Sejukkan.

Masukkan telur dan esen vanila putar hingga sebati.
Masukkan dalam piping bag bersama nozel untuk krim puff. Paipkan pada loyang yang telah dilenserkan denan mentega.

Bakar selama 30 minit suhu 200c atau bergantung pada suhu oven masing2.
Bila puff dah kuning, sejukkan kemudian baru boleh madukkan inti.

Inti /krim kastad

400ml susu segar (Jue guna susu cair)
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula (boleh kurangkan cikit)
2 biji telur
1 sudu besar mentega

Masak kesemua bahan di atas. Kacau sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam piping bag dan masukkan ke dalam belahan kulit krim puff.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...