Khamis, 18 April 2013

Selamat Hari Lahir Anakku

Assalamualaikum..
Tengan buat apa tu? Kali ni Jue nak masukkan entry lapuk dan berhabuk bukan apa tak sempat nak bercerita.. Yelah Jue ni bekerja orangnya, siang sibuk di ofis dan malam sibuk kat rumah pulak.

Tanggal 04 April 2013 genaplah sudah umur anak Jue (Rabiatul Afiqah) 4 tahun.. Plan Jue masa tu nak belikan kek jelah coz nanti bila mak balik dari umrah baru nak buat kenduri aka majlis hari jadi..
Jue dan suami tak cakap apa2 pun nak sambut besday Afiqah ni tapi masing2 buat cam tak tau jer..
Huishh terkejut tau bila Afiqah balik dari sekolah dia cari kek. Dia cakap nak kek siap bukak peti lagi.. Tapi dia tak jumpa pn coz Jue sorok.. Papa dia la pergi belikan kek balik tu terus sorok.. Konon2 nak buat surprise.. Lepas makan malam kami baru keluarkan kek, suka sangat la dia dapat kek besday.. Cuma yang tak best mak xda nak join sekali.. Takpelah tunggu majlis nanti..



 Suka sangat Afiqah dapat kek gambar Spongebob.



Sungguhnya anak ibu tiup lilin..



Selamat Hari Lahir anakku Rabiatul Afiqah.. Ibu doakan semoga Afiqah menjadi anak yang solehah, sentiasa beriman dan beramal kepada Allah, anak yang cerdik dan bijaksana, berjaya di dunia dan di akhirat. Ibu sayang Afiqah.. Uummuuaahhhh...







Selasa, 9 April 2013

Alhamdulilah Syukur Pada Mu

Salam semua..

Kali ni tiada entry tentang masakan tapi Jue nak masukkan entry tentang rombongan menghantar mak ke KLIA.. Mak akan pergi menunaikan umrah buat kali pertamanya pada April ni tapi kami hantar mak pada Rabu 27 Mac 2013. Sebelum menunaikan umrah mak akan tinggal di rumah kakak sulung Jue yang berada di Qatar. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak mak jejak kaki ke Qatar dan Mekah. Yelah akak duk sana selama 4 tahun dah tapi tak pernah sekali pun mak sampai ke sana lagi.

Kali ni mak pergi bukan seorang tapi bersama adik beradik abg ipar. Kesemua pergi bersama.. Pada mula memang seronok coz mak dapat jejak kaki ke sana tapi bila nak tinggalkan mak kat KLIA rasa sedih sangat2 yelah biasa bpisah pun kejap je tapi ni lama. Bila balik rumah sunyi je rasa... Apapun doaku semoga mak selamat pergi dan selamat pulang dan dapat menunaikan umrah dengan sempurna.. 


 Car Park KLIA, menaiki lif untuk ke atas. Time ni pening sikit coz tak tau jalan ke pintu masuk KLIA.





Sempat berposing.. Hihi..





Last picture coz terpaksa balik coz Jeff (ipar) nak kerja. Time ni paling sedih sangat2 coz nak tinggalkan mak dan tak dapat tunggu lama. Tapi takpe keluarga abg ipar ada menemani mak selama bersama kat sana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...