Sabtu, 2 Ogos 2014

MAJLIS CUKUR JAMBUL

Assalamualaikum..
Bersua kita semula dengan entri terbaru. Aritu hubby ada niat andai dianugerahkan seorang anak hubby berniat akan buat kenduri cukur jambul dengan seekor kambing. So bila dah niat terpaksa dilaksanakan hajat tersebut. Jamuan serba ringkas dan penyediaan untuk majlis tersebut agak kelam-kabut sikit. Mana taknya nak pergi beli barang2 dengan baby ni banyak dugaannya.. Kuat sangan meragam.. Takpe budak baik.. Ibu pun baik... (ye dop).. Kih3
Majlis ni buat simple2 je jemput jiran tetangga, adik beradik ala majlis simple je.. Buat syarat buat baby Aisyah. Gambar pun tak sempat nak ambil banyak coz masing2 sibuk dengan tugas masing. Cuma tengok jelah ek gambar tu ye.. seperti orang kata ' biar gambar berbicara'...







Jumaat, 1 Ogos 2014

KELAHIRAN KESAYANGAN HAMBA

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Huishhh lama bebenor tak update blog sejak dapat baby baru ni.. Yelah mana taknya baby asyik meragam je.. Biasalah nama pun baby masa kecik2 camni banyak le ragamnye.. Ok cerita sikit pasal baby kita ni dilahirkan pada 12 April 2014 di Hospital Pakar PRKMUIP Kuantan. Berat baby 3.1kg (bagi Jue besar la tu). Alhamdulilah baby dan ibu sihat. 



Gambar ni baru beberapa hari balik dari hospital. Geram tengok rasa nak gomol2 selalu tapi kang lebih2 menangis lak. Sabor jelah. 



Ibu dan kakak makan pagi. Masa ni dah ada rasa sakit2 manja gitew..



Wajah kesayangan hamba..



Wajah kesayangan hamba..

Ok tu saja cerita yang terpaksa diringkaskan dek kekangan masa. Bukan apa banyak lagi entri yang nak dikemaskini..



Selasa, 18 Februari 2014

UDANG MASAK KEPALA SANTAN

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Lamanya Jue dah tak update entry terbaru, mana tidaknya busy dengan kerja lagi, keluarga lagi. Kalau masak pun jarang sangat la nak amik gambar bagai.. Bukan apa kalau dah siap biasanya xsabar nak tunggu dah terus ngap... Kih3...


Ok lah kita teruskan aje tengok apa masakan yang Jue dah buat beserta resepinya sekali.
Masakan ni merupakan resepi dari mak dan berasal dari Terengganu. Mak memang selalu masak menu di terutama masa arwah ayah ada dulu. Caranya sangat mudah untuk disediakan. Selain udang makanan laut lain pun boleh jugak dimasak. So selamat mencuba...





Udang Masak Kepala Santan

Bahan2

Udang Galah                       12 ekor
Bawang Putih                      3 Ulas  *        
Bawang Besar Merah          2 labu  *
Halia                                   1/2 cm  *
Cili Mesin                            3 sudu besar
Belacan                               secubit lebih
Santan Pekat                       1/2 cwn atau boleh kurangkan
Asam Jawa Adabi                secukup rasa
Air
Garam
Gula
Perasa
 (* Blend bahan yang bertanda)


Cara2nya :

1. Panaskan kuali dan letak minyak ikut anggaran masakan.
2. Tumis bahan yang telah diblender hingga naik bau. Kemudian masukkan cili mesin. 
3. Untuk dapatkan hasil lada yang cantik masukkan 1 sudu besar gula dan belacan. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula asam jawa, garam dan bahan perasa. Kemudian masukkan santan dan sedikit air.
5. Setelah mendidih masukkan udang. Biarkan hingga masak. 
6. Sedia untuk dihidang..




Rabu, 13 November 2013

MAJLIS GRADUASI TADIKA & PERSEMBAHAN TASKA 2013

Assalamualaikum, bersua kita semula setelah lama menghilangkan diri dari dunia blog. Yelah seorang ibu yang bekerja mana sempat nak mengadap blog selalu. Pada 09 November 2013 Jue menghadiri Majlis Graduasi Tadika Tiara Bestari dan Taska Tiara Murni bertempat di Hotel Grand Continental Kuantan. 

Majlis bermula dari pukul 9 pagi hingga 1230 tengahari. Jadual waktu yang cukup padat dengan aktiviti sepanjang majlis tersebut. Tapi alhamdulillah walaupun penat coz kejap duduk kejap bangun untuk ambil gambar dan video Jue sangat berpuashati. Manakan tidak ini kali pertama R. Afiqah sekolah taska. Hi3... Ibu yang xcited lebih..

Oklah jom tengok gambar2 kenangan...



Menunggu kehadiran semua pelajar 4 tahun








Antara persembahan bagi taska 4 tahun





R. Afiqah bersama Maisarah seumur dengannya. Suka sangat dapat bergambar bersama kawan.


Hadiah bagi setiap pelajar 4 tahun yang buat persembahan


Selesai semua aktiviti termasuk selepas dapat hadiah terus diorang lepak kat lantai siap buka hadiah lagi.   



Ucapan dari Ibu Nor pengasas Taska dan Tadika, gambar penyampaian sijil bagi kanak2 6 tahun, persembahan hafazan oleh kanak2 transit dan persembahan kanak2 umur 3 tahun





Lastly sempat lagi posing di hadapan Hotel Grand Continental sebelum balik







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...