Assalamualaikum dan selamat pagi...
Lamanya Jue dah tak update entry terbaru, mana tidaknya busy dengan kerja lagi, keluarga lagi. Kalau masak pun jarang sangat la nak amik gambar bagai.. Bukan apa kalau dah siap biasanya xsabar nak tunggu dah terus ngap... Kih3...
Ok lah kita teruskan aje tengok apa masakan yang Jue dah buat beserta resepinya sekali.
Masakan ni merupakan resepi dari mak dan berasal dari Terengganu. Mak memang selalu masak menu di terutama masa arwah ayah ada dulu. Caranya sangat mudah untuk disediakan. Selain udang makanan laut lain pun boleh jugak dimasak. So selamat mencuba...
Udang Masak Kepala Santan
Bahan2
Udang Galah 12 ekor
Bawang Putih 3 Ulas *
Bawang Besar Merah 2 labu *
Halia 1/2 cm *
Cili Mesin 3 sudu besar
Belacan secubit lebih
Santan Pekat 1/2 cwn atau boleh kurangkan
Asam Jawa Adabi secukup rasa
Air
Garam
Gula
Perasa
(* Blend bahan yang bertanda)
Cara2nya :
1. Panaskan kuali dan letak minyak ikut anggaran masakan.
2. Tumis bahan yang telah diblender hingga naik bau. Kemudian masukkan cili mesin.
3. Untuk dapatkan hasil lada yang cantik masukkan 1 sudu besar gula dan belacan. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula asam jawa, garam dan bahan perasa. Kemudian masukkan santan dan sedikit air.
5. Setelah mendidih masukkan udang. Biarkan hingga masak.
6. Sedia untuk dihidang..
Selasa, 18 Februari 2014
Rabu, 13 November 2013
MAJLIS GRADUASI TADIKA & PERSEMBAHAN TASKA 2013
Assalamualaikum, bersua kita semula setelah lama menghilangkan diri dari dunia blog. Yelah seorang ibu yang bekerja mana sempat nak mengadap blog selalu. Pada 09 November 2013 Jue menghadiri Majlis Graduasi Tadika Tiara Bestari dan Taska Tiara Murni bertempat di Hotel Grand Continental Kuantan.
Majlis bermula dari pukul 9 pagi hingga 1230 tengahari. Jadual waktu yang cukup padat dengan aktiviti sepanjang majlis tersebut. Tapi alhamdulillah walaupun penat coz kejap duduk kejap bangun untuk ambil gambar dan video Jue sangat berpuashati. Manakan tidak ini kali pertama R. Afiqah sekolah taska. Hi3... Ibu yang xcited lebih..
Oklah jom tengok gambar2 kenangan...
![]() | |||||||
| Menunggu kehadiran semua pelajar 4 tahun |
![]() | ||||
| Antara persembahan bagi taska 4 tahun |
![]() |
| R. Afiqah bersama Maisarah seumur dengannya. Suka sangat dapat bergambar bersama kawan. |
| Hadiah bagi setiap pelajar 4 tahun yang buat persembahan |
![]() | |||||
| Selesai semua aktiviti termasuk selepas dapat hadiah terus diorang lepak kat lantai siap buka hadiah lagi. |
![]() | ||||
| Ucapan dari Ibu Nor pengasas Taska dan Tadika, gambar penyampaian sijil bagi kanak2 6 tahun, persembahan hafazan oleh kanak2 transit dan persembahan kanak2 umur 3 tahun |
![]() |
| Lastly sempat lagi posing di hadapan Hotel Grand Continental sebelum balik |
Rabu, 30 Oktober 2013
Assalamualaikum...
Hari ini Jue nak share satu resepi yang dah lama teringin nak buat tp takut kalau tak menjadi iaitu Cream Puff. Hihi...
Resepi krim puff ni Jue ambil dari Sambal Hijau, Facebook. Kak Rogayah Ibrahim dari blog dapurkakyah.blogspot.com. Di blog tersebut telah ada tutorial cara akak Rogayah buat. So senangla bagi sesiapa yang ingin mencuba...
Pada mulanya sekadar tengok2 tapi bila tengok tutorial terus rasa nak mencuba lagipun krim puff ni memang feveret Jue... mesti beli kalau jumpa kat pasar malam... rasanyanya yang ringan dan lemak manis inti kastad. Ok ini resepinya, harap sesiapa jangan takut untuk mencuba ye..
Krim Puff
Bahan2 kulit puff
300g tepung gandum
250g mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
Masak air bersama mentega hingga hancur kemudian masukkan tepung.
Kacau hingga tak melekat pada kuali dan tepung seakan berminyak.
Sejukkan.
Masukkan telur dan esen vanila putar hingga sebati.
Masukkan dalam piping bag bersama nozel untuk krim puff. Paipkan pada loyang yang telah dilenserkan denan mentega.
Bakar selama 30 minit suhu 200c atau bergantung pada suhu oven masing2.
Bila puff dah kuning, sejukkan kemudian baru boleh madukkan inti.
Inti /krim kastad
400ml susu segar (Jue guna susu cair)
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula (boleh kurangkan cikit)
2 biji telur
1 sudu besar mentega
Masak kesemua bahan di atas. Kacau sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam piping bag dan masukkan ke dalam belahan kulit krim puff.

Selasa, 24 September 2013
SUKAN TAHUNAN TASKA TIARA 2013
Assalamualaikum..
Hai semua pembaca, setelah sekian lama tak update blog dengan entry terbaru arini baru Jue berkesempatan nak share cerita2 terkini.. Kihkih.. Punyalah lama bersarang blog ni..
Ok lah baru ni pada 21 September 2013, taska Afiqah ( Taska Tiara) telah mengadakan sukan tahunan bagi kanak2 taska dan tadika.. Kira2nya ini pertama kali bagi Afiqah dan ibu untuk sertai aktiviti tersebut. Memang seronok tengok keletah Afiqah dan rakan2 ada yang suka, ada yang menangis mungkin tak biasa bila ramai orang dalam futsal UTC dan keadaan yang bising dengan lagu semasa acara senam robik berlangsung. Nasib si Afiqah rileks je tapi ada geramnya coz sibuk duk tengok kawan.. Adoi...
Di bawah ni Jue masukkan gambar2 semasa acara tersebut berlangsung tapi gambar tak banyak yang banyak adalah video tapi Jue tak upload la yek...

Cikgu pakaikan reben biru bagi mewakili kumpulan biru. Time ni Afiqah xcited nak bersenam ngan kawan2..
Cikgu2 taska dan semua anak2 murid taska dan tadika.
Senam robik dah bermula..
Tunggu turn main selipar besar.. Macam takde mood je muka si Afiqah ni..
Ini medal yang Afiqah dapat setelah penat bermain sukan.. Kumpulan biru menang naib johan, kuning johan dan merah tempat ketiga. Akhirnya baru nak senyum.. Suka lettew..
Ibu dengan muka yang bambam.. huh teruknya! Nak jugak enterframe wat sama geli je ngan anak.. Kihkih..
Apapun memang seronok jugak dapat tengok anak sertai aktiviti sukan kerana ini pertama kali coz anak dah umur 4 tahun.. Tua dah si ibu ni...
Kepada ibu Nor pengasas Taska/Tadika Tiara semoga sukan tahunan di masa hadapan lebih berjaya, menarik dan banyakkan lagi hadiahnya..
Langgan:
Catatan (Atom)