Khamis, 7 Mac 2013

Paung Goreng Terengganu

Salam semua,
Lama dah Jue tak keluarkan entry terbaru, macam biasalah jawapannya busy. Hihihi.
Sebenarnya memang sibuk pun dengan kerja di tempat kerja lagi, di rumah lagi.

Pada ahad lepas Jue dan mak pergi ke kebun/dusun di Kemaman, Terengganu. Macam biasalah pegi pun sebab ada hal nak bayar cukai tanah di kemaman kemudian terus ke kebun untuk melihat pokok kelapa sawit yang mak upah Makcik Ani dan suaminya menjaganya di sana. Macam2 lah lagi, dipendekkan cerita setiap kali pulang dari sana mesti makcik Ani bagi pisang setandan, ubi kayu, atau apa2lah yang boleh dibawa balik. Makcik Ani memang baik xberkira pun jadi mak xsewakan rumah mak kat kebun just bagi duduk jer.

Mak memang hantu ubi kayu, ada je idea nak buat itu ini. Dari dalam kereta lagi dah plan nak masak apa.
Aritu buat ubi kayu rebus, pagi ni pulak buat paung ubi. Ada orang kata paung ubi kayu berasal dari Terengganu dan juga orang kata nak buat paung aka kuih bom ni pun susah, siap letup2 tapi klo letak ubi memang tak meletup. Cantik je kejadiannya.

Ok ni dia resepi dan gambarnya ye..

Selamat menjamu mata dan mencuba ye.


PAUNG GORENG TERENGGANU

Bahan-bahan

Ubi Kayu                  dibuang kulit dan disagat halus
Tepung Pulut              beberapa sudu je
Inti ikan                     (spt inti temosa)

Cara-cara

1. Gaulkan ubi kayu dan tepung pulut, sebatikan.
2. Pastikan bahan tersebut boleh dikepal.Leperkan tepung seperti buat kuih cekmek, letakkan ini ikan di dalam, tutup dan gentel bagi bulat.Buat hingga habis.
3. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan atau masak.
Selamat mencuba, Insya Allah menjadi dan tak meletup..







1 ulasan:

mama3heroo berkata...

pestaim dgr resepi ni..mst sedap..mana la nk cari ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...