Selasa, 27 November 2012

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum semua..
Hari ni Jue nak kongsikan satu resepi yang mana resepi ni sangat mudah dan senang untuk dibuat. Ini adalah percubaan yang pertama coz Jue selalu sangat duk tengok2 resepi ni dari kak Ita.. Masam Manis dan lain2 blog so apalagi datang ler perasaan ingin mencuba. Dan di bawah ni adalah resepi dan hasilnya ye.. Resepi ni diambil dari blog Cahaya Cinta Ku, kak Ana namanya. So, Jue mintak copy resepinya ye..


BLUEBERRY CHEESE CAKE
Resepi : Kak Azlita Masam Manis
             : Cahaya Cinta Ku

Bahan-bahan :

1 paket biskut Oreo - diganti dengan biskut Lee
45 gram butter ~ di cairkan
1/2 sudu besar + 1/2 sudu teh gelatin di campur dgn 2 sudu besar air panas
80 gram blueberry filling
1 bekas yoghurt perisa blueberry
125 gram krim cheese

125 gram whipping cream
30 gram gula kastor


Cara-cara :

Mula-mula hancurkan biskut hingga hancur dan halus. Boleh blend atau tumbuk aje guna penggelek. (gambar untuk biskut tak amik..hehe..)



 Cairkan mentega dalam periuk spt gambar di atas. Kemudian gaul sebati bersama biskut yang telah dihancurkan dan masukkan dalam loyang atau bekas sesuai. Tekan biskut biar padat dan sejukkan dalam peti.



Kemudian kita putar whipping cream sampai kental tau dan kita ketepikan.



Dalam bekas lain kita satukan cream cheese, bluberry filling dan gula. Putar hingga gula dan bahan2 lain menggunakan mixer hingga sebati ye.



Ok yang ni pula bahan2 yang telah kita mixer kemudian dimasukkan pula yogurt ke dalam bekas. Tak perlu mixer tp just kacau menggunakan spatula je. Sebatikan ye.



Kemudian kita larutkan gelatin menggunakan 2 sudu besar air panas. Spt kata kak Ana klo tak cukup larut just panaskan dalam mikrowave. Gelatin ni akan dicampurkan dengan bluberry yang telah digaul sebati dengan yogurt tadi.



Lastly kita satukan whipping cream (yang tak berapa nak kental la pulak hehe) ke dalam blueberry cheese. Gaul sebati dengan lembut ye. Bila sebatik masukkan adunan dalam loyang/bekas yang berisi biskut dan disejukkan dalam peti.



Ta daa.. ni dia hasilnya, tak cantik tapi sedap. Nanti boleh la anda semua mencubanya ye. Resepi mudah, senang dan ringkas je. Terimakasih kak Ana bagi Jue copy paste resepi.
Cheese cake yang Jue buat ni xcantik pun tp takpe nanti klo ada kerajinan Jue nak cuba lagi.





8 ulasan:

:: yuslina berkata...

bestnya..nk try le sikit..

fairus mohamad noor berkata...

salam kenal..haha..saye pun da cuba,ambil dr blog msm manis dgn chaya cintaku..first time buat tak letak gelatin,cari2 x jmpe..so kek x bpe keras,jd cm eskrim.

fairus mohamad noor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fairus mohamad noor berkata...

jemput singgah ke blog saya yg masih baru.
http://mama3heroo.blogspot.com
nanti tgk resepi chilled blueberry yg saya try buat amik kt blog kak ita nga kak ana..he3

JUJUE AHMAD berkata...

Kak Yus : salam, sy buat tp xbrapa nak menjadi tau nape krim cheese..

kak Fairus : salam perkenalan.. yeke samalah tak tau nape krim jd lembik ek.. kena cari resepi lain lagi..

fairus mohamad noor berkata...

kne pakai gelatin..akk try kali kedua guna gelatin bru jd..resepi kdua akk wat oreo cheese cake

zila norazila berkata...

sedapnya..akk pun pernah buat nie..mmg best:)

Tanpa Nama berkata...

Tak berapa nk mnjadi krn guna whipping cream yg salah tu..
Sepatotnya NonDairy whipping, bukan UHT mcm dlm pic awk diatas... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...