Khamis, 17 Januari 2013

DINNER

Assalamualaikum,

Wah bersemangat betul semalam plan untuk memasak. Bila barang2 dah tersedia dan semua ada apa lagi ke dapur la jawabnya. Menu tak ler sehebat dan sesedap mana pun tapi boleh la mengisi perut hubby yang tengah lapar tu.




Ini la menunya bayam goreng, sambal goreng ubi kentang, sup daging, ikan masin dan ayam goreng mayonis. Resepi ayam ni Jue cari resepi kat myresepi coz nampak sedap je kan bila digabungkan ayam dengan mayonis. Alhamdulillah menu ni semua dimasak dengan simple je dan memadai untuk kami bertiga. So malam tadi mak bolehlah berehat. Lagipun mak tak berapa sihat pun, kakinya sakit. Mintak2 adalah penawar bagi mngubati kesakitan mak nanti. Ok kat bawah ni Jue sharekan resepi bagi menu2 tersebut. 


SAYUR BAYAM GORENG

Bahan2 :

Sayur bayam            potong, dicuci dan ditoskan
Bawang Putih           3 biji diketuk
Bawang Holland       dipotong nipis
Lada Kecil                 1 biji (coz xnak pedas sgt)
Secukup rasa Maggi        
Garam  

Cara2 :

Tumis bawang putih dan bawang holland(kuning) sampai naik bau. Masukkan secukup rasa kemudian masukkan bayam. Goreng tapi jangan sampai layu sangat ye. Perasakan jika kurang masin masukkan garam kalau dah cukup xperlu letak garam.
Sedia untuk hidang.



SAMBAL UBI KENTANG

Bahan2 :

Ubi kentang            1 - 2 biji
Ikan bilis                 1 ikut suka banyak mana
Bawang putih         2 biji
Bawang besar        1/2 biji 
Cili mesin
Gula
Garam

Cara2 :

Ubi kentang dan ikan bilis digoreng garing dan toskan. Tumis bawang putih, bawang merah yang telah diblend hingga naik bau. Masukkan cili mesin dan banyaknya pula terpulang atas kita samada nak pedas atau tidak. Kemudian masukkan gula dan garam. Bagi Jue tumisan ni sedap manis sikit tapi terpulang pada kalian yek. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan ubi kentang dan ikan bilis gaul sebati. Kemudian sedia dihidang.



SUP DAGING

Bahan2 :

Daging
Bawang putih            diketuk
Bawang besar kuning(holland)         mayang
Halia             hiris
4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang)
Garam
Daun sup/batang saderi           hiris
Tomato             potong 5
Lobak                baji
Kentang            baji

 Cara2 :

Tumis 4 beradik, bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau. Masukkan daging dan goreng sebentar kemudian masukkan air. Rebus sampai daging empuk. Kemudian masukkan lobak dan kentang masak biar empuk. Lastly masukkan tomato, batang saderi. Hidang untuk dimakan.



AYAM GORENG BERMAYONIS

Bahan2 :

Dada ayam
Bawang putih
Tepung kfc (tpg goreng ayam mana2 brand)
Tepung Jagung
Telur 
Air
Jus lemon/limau


Cara2 :

Ayam dipotong lebar dan dibahagi dua. Satukan Bahan2 di atas, perap.
Goreng sampai garing.


SOS MAYONIS

Bahan2 :

Mayonis
Serbuk lada sulah
Jus lemon
Garam jika perlu
Daun salad

Cara2 :

Sebatikan bahan2 diatas, perasakan. 
Daun salad disusun atas pinggan, letakkan mayonis di atas salad, susun ayam. Hiasan sebenar adalah mengikut kreativiti kalian yek.










3 ulasan:

fyna berkata...

waaa..sedapnya ^_^

Jujue Ahmad berkata...

Terima kasih fyna..

sacrificesacha berkata...

Jumba Casino Resort & Spa Launches The Multi-Year
Jumba 화성 출장안마 Casino Resort 광주 출장마사지 & Spa will open on the heels of its 안양 출장마사지 $250 million expansion and will have 의왕 출장샵 a hotel and spa 대구광역 출장마사지 facility.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...