Selasa, 31 Januari 2012

:: Donut Kentang ::

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Lama dah Jue xmcuba resepi terbaru. Malam td teringin nk buat donut kentang.
Ni kira tawakal jelah cz xpernah cuba buat. Penat jugak nk menguli doh ni.. Lenguh tangan yelah Jue xguna BM cz xda. Tp yg penting menjadi. Terima kasih kpd sumber resepi rosmarlina @ jintanmanis.com krn bg Jue copy & paste resepi.



Doh yg siap di uli selama 40minit. Siap untuk diperam selama hampir 1jam.



Donut yg telah dibentuk. Sedia untuk dibiar kembang 2kali ganda.

Donut yg telah siap digoreng. Lembut dan gebu.

Jom kita sama2 mjamu sarapan pagi.


Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.

4 ulasan:

::YUSLINA berkata...

cam best jerk.....bila boleh try nih???

CT Delima berkata...

As'salam Jue

Tau tak, bila k.ct nampak kawan2 semua dok tayang donat ni, geram semacam jer nak mendonat. Tunggu dulu simpan mood banyak2 baru nak buat..hehehe

cantik naik gebu jer donat dari Jue ni, k.ct tak cuba lagi donat kentang ni.

rahel berkata...

Salam Ju...bole la kita bertukar donut..Rahel ada buat plain donut gak..
oh ya,thanks sudi singgah kat dapur Rahel,dan terima kasih kerana sudi mencuba resepi ''BEST MOCHA TIRAMISU''.

K.Nor berkata...

salam jue.. maafkan k.nor ya.. k.nor tak perasan ada komen dr jue kat entri puding roti karamel..

tak pasti pulak kenapa boleh jadi keras sbb k.nor dh ulang kali buat resipi ni dan lembut tu just nice.. tak keras. kalau jue nak tau, puding karamel ni kita letak roti, jd hasilnya mmg akan lebih padat kalau nak bandingkan dgn puding karamel biasa(tanpa roti). dan tentang manis tu mungkin sbb k.nor ni jenis kurang suka manis2 , mungkin tak sama dgn selera jue yg lebih suka manis. kalau jue dah edit ikut selera jue tu dan menjadi, alhamdulillah.. memasak ni kita tak boleh ikut kehendak resipi 100% sbb selera atau sedap bg semua org tu subjektif.. tak sama..

satu lg, jue kena check cawan yg jue gunakan, (jue guna cawan metrik kan?) sbb ada setengah cawan, berbeza kandungannya.. ada 1 caw = 220ml, ada yg 200ml dan ada yg 250ml.. yg k.nor guna 1 caw = 250ml (ni sukatan metrik USA)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...